Sunday, May 8, 2011

Kata Sahabat : "Ujian ini tanda Allah Menyayangimu.."

Assalamualaikum...
Perkongsian lirik yang amat menyentuh sesiapa yang tatkala ini ditimpa ujian...Ingatlah...ujian itu tarbiyah daripada Allah dan itu adalah tanda Allah menyayangimu..InsyaAllah.=)
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Kuatkan diri ye...Tatkala kesakitan itu bertandang, hanya Allah yg kita harapkan di saat itu...Maka, perbanyakkan lh berdoa kpd Allah swt agar kita mampu menempuh ujian dalam dunia yg fana ini..Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran"



Friday, May 6, 2011

Peri Pentingnya FIKRAH (pemikiran) yg sama..:)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum smua..:)

InsyaAllah 18hb ni kami dah start final..so, study jgn lupa ye sahabat..:)
Mlm ni rasa ingin berkongsi someting yg ringkas namun amat terkesan di hati time kat Balai Islam td..

"Bawak lh org mengenali, memahami & menghayati Islam..supaya akan membawa kepada kefahaman n fikrah yg sama..
Bila fikrah dah sama, InsyaAllah dia pn akan paham seperti apa yg kt paham."





Oleh itu, perbaikilah diri dan dalam masa yg sama, dekatilah dan ajaklah mereka lebih mengenali Islam yg sebenarnya.indah InsyaAllah.. 

Monday, April 18, 2011

ReNungan Bersama di Petang Hari~

Assalamualaikum....


Ketemu lagi..Alhamdulillah...petang2 mcm ni just nak share mutiara kata Islam yang dpt memberi kte pedoman dlm menjalani khidupan yg lebih baik dari hari ke hari..InsyaAllah.:)
Jom.......


“The life of this world compared to the Hereafter is as if one of you were to put his finger in the ocean and take it out again and compare the water that remains on his finger to the water that remains in the ocean.”
Prophet Muhammad SAW
~From Sahih Muslim~




Rasulullah bersabda maksudnya:
 "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu:        
 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan   mendoakannya. "
 (HR Muslim)




Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"
 (Hadis Sahih Riwayat Muslim) 

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi"
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin) 

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat-menasihati di atas kebenaran dan kesabaran"
 (Surah Al-Asr Ayat : 1-3)



Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati"
(Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) 

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup, iaitu MATI"
(Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Sekian...Wsalam~