Tuesday, November 9, 2010

Ratapan Terakhir...

Hatiku amat resah menatap wajahmu pada pagi itu
Bimbang kalau-kalau apa yang kufikirkan selama ini menjadi kenyataan
Bila-bila masa saja kau kan pergi meninggalkan kami
Mengadap Illahi..meninggalkan kami buat selama-lamanya
                                                        
Maafkan aku..aku belum bersedia merelakan pemergianmu pada pagi itu
Manakan tidak..segala kebaikanmu…layananmu…gurauanmu…
Semuanya masih segar berlegar-legar di mindaku
Seingatku..tidak pernah sekali kau meninggikan suara..
YaAllah!aku merinduinya..

Namun pada pagi itu aku tahu…aku terpaksa mengakuinya
Mangakui hakikat ketiadaanmu di dunia fana ini lagi
Kutelan jua hakikat itu meskipun pahit
Kerana itu lah yang telah tersurat oleh Yang Maha Esa




Selamat Tinggal…pagi itu aku setia disisimu yang kaku tidak bernyawa
Menyedekahkan bacaan Yasin..
Moga-moga dirimu ditempatkan bersama golongan yang soleh
Itulah yang selayaknya untukmu InsyaAllah setelah segala ujian kau tempuhi dengan penuh kesabaran

Hanya memori,Bacaan Doa serta Al-Quran menjadi penghubung kita
Aku tidak jemu-jemu mendoakan kesejahteraanmu di sana
Aku tahu semua yang terjadi ada hikmahnya
Siapalah aku untuk melawan takdir yang telah tersurat

Hari demi hari berlalu
Namun tidak sekali aku meninggalkanmu daripada benak fikiranku ini
Aku sentiasa mendoakn dirimu di alam sana
Kekal aman bersamadi
Kerana aku juga akan mengikutimu suatu hari nanti…
Al-Fatihah…                                         










No comments:

Post a Comment