Thursday, February 17, 2011

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum semua...

Salam Maulidur Rasul....12 Rabiul Awal 1432H bersamaan pada 15 februari 2011.
Sama2lah kita berusaha dalam memperbaiki diri yang sentiasa turun naik imannya dan jangan sesekali kita putus asa dalam berjuang pada jalan Allah..



InsyaAllah..pada 9.30malam ini..akan diadakan tayangan filem
 "Muhammad the Last Prophet" 
sempena Sambutan Maulidur Rasul di ruang hadapan Balai Islam al-Muttaqin IPG KDRI.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir dalam kita lebih menyelusuri sirah Nabi Muhammad saw.
InsyaAllah..



~ Ke arah merealisasikan IPG Zikir ~



Monday, February 7, 2011

Tentang Haid..Wajib Dibaca oleh Semua Muslimat..!


Assalamualaikum..amat tersentuh apabila sy terbaca artikel ini..perkataan WAJIB itu menjadikan kita beware tentang apa yg ingin diperkatakan.sy memperolehnya melalui link yg terdapat di bawah.Semoga ilmu tentang haid ini dapat menjadi rujukan kita bersama duhai muslimat yg disayangi..:)




WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini.

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/
yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa je..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...




Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !

Sunday, February 6, 2011

SebuLan Lagi....Tanggal 6 Mac.

Bismillahirrahmanirrahim....:)

Lama rasanya jari jemari ini tidak meninggalkan pesan di blog kesayangan..
InsyaAllah sebulan lg..genaplah umurku..20tahun..Berdebar rasanya..

Sempatkah aku..??
InsyaAllah kalau sempat...
Ini bermakna umurku makin meningkat satu angka lagi..
YaAllah..tanggungjawabku terasa makin besar..
Sebagai Abid..Khalifah..Penyambung sunnah Rasulullah saw..puteri ummi&ayah..kakak sulong dlm keluarga..pelajar..sahabat.

kerana aku jua merupakan makhlukMu yang Kau kurniakan dgn sempurna segala pancaindera meskipun semua ini hanyalah pinjaman..!!
Yang meggusarkan aku...apakah amalanku selama ini diterima..Takut Dalam Pengharapan.
TAKUT tidak Diterima&BerHARAP agar Diterima..
Sentiasalah kita memperbaiki niat..KrnNya semata.
Ingatlah!Segala apa yang aku punya hari ini bakal disoal dihadapanMu nanti..



What you have done for Islam???
Are you use it for Islam??



Oh Allah..Aku berharap aku masih belum terlambat!
ya..Jgn sesekali kita putus asa daripada rahmat Allah swt..
Teruskanlah mujahadahmu dalam memperbaiki diri..
Kerana Islam amat memerlukan insan sepertimu..!





Aminn Ya Rabbala'lamin..:(

Sunday, January 2, 2011

SeLamat Hari Lahir Umi..I Jan..Ayah..2 Jan.

Alhamdulillah...semalam..umi masuk 41 tahun..esk ayah InsyaAllah dah masuk 47 tahun..Ku dan adik2 doakan smg umi dan ayah dipanjangkan umur..berada dalam rahmat Allah swt selalu..Smg keluarga kita berjaya di dunia dan di sana nanti...Ameen..


Umi..Ayah..thanks for everythin..Alhamdulillah.


Ameen..

10 Sicknesses of the Heart..!

    Alhamdulillah...here..I have something to share with all of you..Let us read it InsyaAllah..
    1.You believe in the existence of Allah (SWT) but you do not fulfil His Commands.
    2. You say you love the Prophet Mohammed (SAW) but you do not follow his Sunnah.
    3. You read the Holy Qur'an but you do not put it into practice.
    4. You enjoy all the benefits from Allah (SWT) but you are not grateful to him.
    5. You acknowledge Shaitan as your enemy but you do not go against him.
    6. You want to enter Paradise but you do not work for it.
    7. You do not want to be thrown into Hell-Fire but you do not try to run away from it.
    8. You believe that every living-thing will face death but you do not prepare for it.
    9. You gossip and find faults in others but you forget your own faults and habits.
    10. You bury the Dead but you do not take a lesson from it.







Friday, December 31, 2010

Cek Diri Sekejap..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang


Alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan utk bernafas dan terus mengabdikan diri pada Allah swt.InsyaAllah.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.



Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.


Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.


Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.





Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.


Al-HijrIblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah) di antara mereka." ( Al-Hijr: 39-40 )

YaAllah..Peliharalah kami daripada sifat-sifat mazmumah..Ameen Ya Rabbal a'lamin..:(

Thursday, December 30, 2010

Cinta Dalam Diam..

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan ..

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat sececah rasa, izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba ... mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya ...

Jika benar cinta itu kerana Allah, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah ..
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (QS. Adz-Dzariyat: 49)
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelakidan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akanmemampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. "(QS. An-Nuur: 32)
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmuisteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasatenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. "(QS. Ar-Ruum: 21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dikelopak mata maka bersabarlah ... berdoalah ...berpuasalah ...
"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untukmenikah, maka menikahlah, sesungguhnya berkahwin itu memelihara mata, danmemelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untukmenikah, berpuasalah, kerana ssungguhnya puasa tersebut sebagaipenahannya" (Hadist)
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "(QS. Al-Israa ': 32)



Cukup cintai ia dalam diam ...
bukan kerana membenci hadirnya ... tapi menjaga kesuciannya bukan kerana mengelakkan dunia ... tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya ... tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup ..
Cukup cintai ia dari kejauhan ...
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga ...
Cukup cintai ia dengan kesederhanaan ...memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membawa kebahagiaan para syaitan ...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan 
kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati ... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi ...?
"
... Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat burukbagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "(QS. AlBaqarah: 216)
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, danlaki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), danwanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-lakiyang baik adalah untuk wanita -wanita yang baik (pula). Mereka (yangdituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduhitu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga) "(QS.An-Nuur: 26)
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan ...
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan ... mungkin saja rasa ini ujian yang akan mereput atau membeku dengan perlahan
kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan ... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya ...

"Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar bin Khattab ra.)